FOREVER YOUNG
Dimulai dengan niat ikhlas kerana Allah
Tuesday, December 4, 2012
Monday, December 3, 2012
Entah berapa kali saya membuat blog…
Assalamualaikum
Tersenyum
saya bila saya mendengar pensyarah Aplikasi saya memberi tugasan individu untuk
dibuat. “Assignment individunya dibuat blog ya” dalam hati saya terdetik, entah
berapa kali saya membuat blog, semuanya tidak ada yang kekal atau sering di
kemas kini. Hobi saya sebetulnya memang suka menulis, tidak kiralah apa
penulisannya yang penting bagi saya ia memberikan ketenangan kepada saya, saya
menulis sejak berusia 10 tahun lagi. Pada saya ia memberikan saya peluang untuk
meluahkan segala apa yang saya rasakan dan juga pandangan saya. Mungkin juga
sudah menjadi darah daging keturunan saya, yang amat suka bidang penulisan.
Keluarga saya semuanya minat dalam bidang penulisan. Seorang penulis yang baik
harus banyak membaca tidak kira bahan bacaan itu ilmiah atau tidak, agar dapat
mengeluarkan atau menulis dengan idea-idea yang bernas dan baru. Saya mahu
hasilkan penulisan yang boleh mengubah cara pemikiran orang dan dapat menyentuh
perasaan orang lain. Dari penulisan yang saya hasilkan, saya mahukan masyarakat
membuka mata dan berfikir untuk kebaikan bersama. Saya tidak gemarkan penulisan
yang tiada tujuan ada tiada intipati yang boleh menjadi pengajaran dan
diteladani oleh masyarakat agar dapat membangunkan ummah. Kerana telalu ingin
menjadi penulis seperti orang lain, saya bermula dengan menulis blog, pada
fikiran saya, blog sangat bagus untuk menyampaikan segala informasi, pandangan
dan sebagainya, selain fungsi utamanya sebagai diari peribadi. Saya hanya mampu
tersenyum ketika Dr Edy Santoso memberitahu kami.
Salah satu buku yang paling saya gemar membacanya, katya Dr Faisal Tehrani
Saya
juga minat kepada mengumpul gambar yang kreatif dan cantik, saya sangat gilakan
gambar yang punya unsur penceritaan dalamnya. Bila berbicara tentang gambar,
sudah tentu saya seorang yang suka mengambil gambar. Tidak kisahlah gambar apa
pun, yang paling penting biarlah sekeping gamabr itu dapat menceritakan
semuanya yang berlaku.
Antara
gambar yang paling saya minati:-
Yang
paling saya suka, gambar sekitar majlis perkahwinan.
ICT (Information and Communication Technology)
ICT(Information and Communication
Technology) telah banyak membantu manusia dalam aktiviti yang
menjadikan kerja-kerja mereka lebih efektif dan boleh dipercayai. Diantara
aktiviti yang telah mendapat manfaat ict adalah aktiviti perniagaan perbankan,pentadbiran,
kejuruteraan, seni bina,pendidikan, pertahanan negara dan banyak lagi. Tidak
ketinggalan pula aktiviti-aktiviti sebaran am seperti menyampaikan dakwah dan
ilmu –ilmu islam yang amat luas melalui kemudahan ICT. Teknologi Maklumat (Information Technology)
atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication
Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan
data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas: berkenaan segala aspek dalam
pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan
komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses,
memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Teknologi yang digunakan kini semakin memudahkan pengguna
Teknologi
Teknologi
merujuk kepada Perkakasan, Perisian dan Sistem Telekomunikasi yang digunakan di dalam pengurusan dan pemprosesan
maklumat. Perkakasan komputer
seperti unit pemproses pusat (CPU), ingatan (RAM), cakera keras (HDD), papan
kekunci (keyboard), tetikus (mouse) dan sebagainya amat penting dalam proses
kemasukan, pemprosesan dan penyimpanan maklumat.Perisian komputer seperti sistem operasi (OS) yang popular termasuk Linux, UNIX, Mac OS dan Windows dan aplikasi produktiviti pejabat seperti OpenOffice atau Microsoft Office serta perisian Internet seperti pelayar web (Mozilla, Netscape Navigator, Safari
dan Internet Explorer) memainkan peranan besar dalam teknologi maklumat. Ini
kerana ia merupakan perisian yang paling banyak digunakan oleh pengguna
komputer setiap hari.
Teknologi komunikasi
Teknologi komunikasi adalah aplikasi dan menggunakan
teknologi seperti komputer,sofwre dan beberapa alat elektronik yang lain untuk
menjadikan komunikasi lebih efektif dan berkesan dari pada cara lama. Komuputer
adalah mesin yang boleh diprogramkan untuk mel;aksanakan kerja2 yang kompleks
dengan cpat tepat dan boleh dipercayai ianya juga boleh menyimpan dan
mendpatkan semula data yang besar. Sofwre adalah arahan2 yang logic
dilaksanakan oleh computer biasanya disimpn dalam cereka magnetic atau apa2
peralatan elektronik cthnya seperti perintang.Telekomunikasi boleh
didefinisikan sebagai komunikasi melalui elektronik electromagnetic dan gambar
untuk jarak yang jauh. Menurut Rogers (1986) teknologi komunikasi sebagai alat
perkakasan, struktur organisasi dan nilai-nilai sosial yang dialami oleh
individu semasa mengumpul, memproses dan bertukar-tukar informasi dengan
individu yang lain.
Terdapat
ciri-ciri utama komunikasi:
- Khalayak
- masa
- paparan & penyebaran
- jarak
- penyimpanan
Teknologi komunikasi berperanan
penting dalam beberapa aspek antaranya seperti berikut:
- Pendidikan- sebagai bahan pengajaran, memudahkan penyelidikan dijalankan, pembelajaran lebih menarik dan sebagainya
- Ekonomi- dapat mengurangkan kadar kemiskinan dan mengubah cara kegiatan ekonomi dijalankan, ia juga dapat meningkatkan hasil pendapatan negara.
- Merapatkan jurang digital- lebih senang untuk mendapatkan maklumat.
- Pembangunan sosial- dapat berkomunikasi walaupun dari jarak yang jauh, kenalan secara meluas
- Ketenteraan- memantau keadaan keselamatan negara.
- Penyiaran- terciptanya teknologi digital dimana, segala informasi dan hiburan dapat dinikmati dimana-mana sahaja.
- Pencetakan dan penerbitan- lebih cepat dan mengurangkan kos
- Peningkatan gaya hidup dan penglibatan masyarakat dalam elektronik.
Microsoft Word
Microsoft Word ialah
satu komponen dalam sistem Microsoft
Office; namun, perisian ini juga dijual sebagai produk bersendirian
atau dimuatkan dalam Microsoft Works. Program ini biasanya
digunakan para pengguna komputer untuk kegiatan tulis-menulis. Seperti
pembuatan surat, proposal, artikel, brosur, booklet, dan lain-lain dengan aneka
font (huruf) dan layout yang tersedia. Kita juga dapat membuat tulisan ilmiah
dengan fomula-formula pengiraaan( matematik),
data mengenai sains seperti fizik atau kimia dan sebuah data yang sanagt
menarik iaitu mempunyai variasi gambar, warna, jenis tulisan grafik dan
sebagainya yang disampaikan dengan sangat unik dan lengkap.
Microsoft Office Word ialah perisian pemproses
kata utama Microsoft yang julung kalinya dikeluarkan pada tahun 1983 dengan nama Multi-Tool Word bagi sistem Xenix. Turut dikembangkan untuk beberapa
platform lain seperti komputer peribadi IBM yang mengendali DOS (1983), Apple
Macintosh (1984),
SCO UNIX, OS/2 dan Microsoft
Windows (1989).
Keluaran versi terbarunya ialah Word 2007. Fail-fail dokumen Microsoft Word
boleh dikenali dengan mudah melalui sambungan *.doc di belakang nama fail, tetapi Microsoft Office Word 2007 mula
memperkenalkan format baru dokumen Word berasaskan XML dengan sambungan *docx di belakang nama fail, di
samping sokongan format lama dokumen Word. Microsoft word menyediakan
kemudahan-kemudahan yang lebih senang digunakan dan dekat dengan pengguna
dibandingkan dengan word processor lain seperti WordStar
(WS), WordPerfect (WP), AmiPro, WordPad, dan lain-lain.
Tool asas
yang perlu pengguna tahu sebelum menggunakan Microsoft Word :-
1.
Bar program – menunjukkan
program yang sedang digunakan
2.
Bar menu –menu dimana
arahan disimpan
3.
Toolbar standard- arahan
yang selalu digunakan
4.
Toolbar formatting- arahan berkaitan dengan format
5.
Butang tutup
6.
Kursor menaip
7.
Skrol bar menegak- gerak
skrin ke bawah
8.
Skrol bar melintang- gerak
skrin ke kanan dan ke kiri
Microsoft
word sangat memudahkan penggunanya untuk menyimpan data, terdapat butang yang
penting untuk mudah memasukkan data. Para pengguna boleh memasukkan data dengan
menaip pada kekunci keyboard diatas ruang kerja yang disediakan. Para pengguna
juga boleh menghasilkan data mengikut kreativiti masing-masing seperti
menentukan jenis font yang digunakan, warna font yang dikehendaki seperti yang
disediakan di butang kumpulan (group button).
Microsoft
word tujuh bahagian berlainan fungsinya, dimana bahagian home lebih kepada gaya
hasil tulisan seperti jenis tulisan, warna font, perenggan, gaya tulisan,
kedudukan tulisan. Bahagian insert melibatkan jadual, masukkan gambar, boleh
masukkan graf, carta pai, peta minda dan sebagainya. Bahagian insert mempunyai
fungsi meletakkan muka surat, memisahkan helaian (page break) boleh juga
memasukkan symbol matematik dan link dari sumber internet. Bahagian page
layout, menentukan marginis, tema, jarak tepi, columns dan sebagainya. Bahagian
ketiga, references, boleh masukkan nota kaki, dan gaya penulisan APA. Bahagian
mailings ialah bahagian yang terus kepada gaya penulisan email dan boleh di
linkkan pada internet.review lebih kepada nota sendiri dan bahagian terakhir
view yang mempunyai ruler (pembaris).keseluruhan paparan data yang terhasil.
Bahagian insert dan page lagout
Butang font (tulisan) dan warna
Subscribe to:
Posts (Atom)