Monday, December 3, 2012

Grafik



Terbahagi kepada tiga iaitu prinsip, reka bentuk visual, peralatan penghasilan grafik. Grafik ialah kombinasi gambar, simbol, huruf, angka, perkataan lukisan, lakaran yang dijadikan satu media untuk member konsep dan idea dari pengirim kepada sasarannya dalam proses menyampaikan maklumat. Grafik adalah bahan yang dilukis sebagai karangan visual. Ia dapat memberi keterangan visual.  Ciri-ciri yang memainkan peranan penting adalah mudah dan jelas dibaca dan difahami.mesej dapat disampaikan, ia dapat membantu pengguna untuk focus dan perhatin terhadap maksud yang hendak disampaikan.
Elemen grafik terdiri daripada :-


  1. Ruang 
  2. Garis 
  3. Permukaan 
  4. Bentuk tiga dimensi 
  5. Bentuk 2 dimensi


Terdapat enam prinsip grafik


  1. Simplisiti 
  2. Dominan 
  3. Pola 
  4. Seimbang
  5. Variasi 
  6.  Harmoni


Simplisiti
Sesuatu rekaan harus memungkinkan kefahaman yang cepat dan jelas, yang terbaik hanya satu perkara dipersembahkan dalam satu masa.

Dominan
Dominan merupakan pusat penumpuan atau minat. Dalam sesuatu reka visual, objek atau item utama mestilah ditonjolkan agar dapat  dilihat dan dibaca maksudnya.

Pola
Pola atau corak berkaitan dengan soal susunan item-item dalam sesuatu rekaan visual. Aspek susunan amat dititik beratkan agar pengguna tertarik untuk terus melihat visual.

Seimbang
Susunan grafik seharusnya seimbang supaya beratnya seimbang dalam setiap bahagian reka bentuk. Dengan cara ini mata akan selesa memandang.

Variasi
Elemen-elemen yang digunakan dalam sesuatu komposisi seharusnya menimbulkan perasaan seolah-olah visual itu hidup dan bergerak.

Harmoni
Dalam rekaan grafik kesemua elemen perlu menunjukkan kesinambungan idea atau buat fikiran.

warna sangat memainkan peranan penting dalam menghasilkan suatu grafik.



contoh grafik dalam filem 





 Contoh grafik digunakan dalam sains

Dalam permainan  




No comments:

Post a Comment