Monday, December 3, 2012

Microsoft Power Point



Microsoft Power Point merupakan salah satu komponen perisian persembahan elektronik yang diintegrasikan bersama ke dalam perisian Microsoft Office. Ia juga boleh diperolehi atau dibeli secara berasingan daripada perisian Microsoft office. Versi terkini ialah versi 2010 atau juga dikenali sebagai Power Point 2010.Versi terkini ini mempunyai pelbagai kelebihan serta keupayaan yang menjadikan ianya sebagai peneraju dalam teknologi perisian persembahan elektronik masa kini.

Fungsi Utama Microsoft Power Point
Berikut merupakan antara kegunaan atau fungsi utama perisian Microsoft Power Point :

Membina Persembahan elektronik
Kebanyakkan orang menggunakan Microsoft Power Point bagi membina persembahan elektronik berasaskan siri slaid yang mampu mempertingkatkan lagi keupayaan serta tarikh dalam proses penyampaian sesuatu maklumat. Fail atau siri elektronik yang dihasilkan boleh dipersembahkan sama ada kepada kumpulan pengguna yang ramai, kumpulan kecil mahupun bagi kegunaan secara individu. Selain dari itu, Microsoft Power Point juga membolehkan fail yang dihasilkan olehnya dimainkan secara automatik walaupun tanpa kehadiran pembentang atau penyampai maklumat. Sebagai contoh konsep ini sering digunakan semasa sesi pameran, kiosk dan sebagainya.

Menghasilkan cetakan nota atau transparensi
Dengan menggunakan Microsoft Power Point, seseorang boleh mencetak slaid Yang digunakan bagi tujuan persembahan kepada bentuk nota edaran kepada pengguna dengan mudah dan pantas. Ianya menawarkan pelbagai bentuk etakan sama ada dalam bentuk slaid sebenar, nota ringkas atau outline dan sebagainya. Selain itu, proses menghasilkan cetakan bagi tujuan dijadikan set transparensi jauh lebih  mudah berbanding penggunaan perisian pemprosesan perkataan seperti Microsoft Word dan sebagainya. Ianya juga menyediakan pelbagai reka bentuk dan juga reka letak yang membolehkan set tranparensi yang lebih baik dihasilkan.

Menghasilkan persembahan dalam bentuk halaman web
Bagi anda yang berminat untuk membangunkan halaman web tetapi tiada pengetahuan atau kemahiran bagi tujuan tersebut, Microsoft PP mampu membantu. Dengan PP, sesebuah persembahan elektronik yang dihasilkan boleh diterjemahkan kepada bentuk fail halaman MS Powerpoint XP BTM/KURSUS ICT -EG 3 web berformatkan HTML. Halaman web yang terhasil dengan cara ini bukan sahaja menarik malah ianya juga turut menyediakan kemudahan interaktiviti seperti mana slaid yang asal. 


Langkah pertama



Contoh fungsi tools Microsoft power point

Fungsi
1. Menu Bar Menyenaraikan arahan yang boleh digunakan dalam
bentuk teks
2. Tool Bar Menyenaraikan arahan yang biasa digunakan dalam
bentuk ikon atau butang (button)
3. Power Point Views Gaya persembahan dilihat pada skrin
4. Task Pane Menyenaraikan arahan spesifik yang digunakan di
dalam PowerPoint
5. Status Bar Memaparkan ringkasan persembahan
6. Note Page View Menyimpan nota-nota yang akan digunakan
pembentang



Contoh bagaimana untuk menggunakan power point.
 

No comments:

Post a Comment