Monday, December 3, 2012

Microsoft Word



Microsoft Word ialah satu komponen dalam sistem Microsoft Office; namun, perisian ini juga dijual sebagai produk bersendirian atau dimuatkan dalam Microsoft Works. Program ini biasanya digunakan para pengguna komputer untuk kegiatan tulis-menulis. Seperti pembuatan surat, proposal, artikel, brosur, booklet, dan lain-lain dengan aneka font (huruf) dan layout yang tersedia. Kita juga dapat membuat tulisan ilmiah dengan fomula-formula pengiraaan( matematik),  data mengenai sains seperti fizik atau kimia dan sebuah data yang sanagt menarik iaitu mempunyai variasi gambar, warna, jenis tulisan grafik dan sebagainya yang disampaikan dengan sangat unik dan lengkap.

Microsoft Office Word ialah perisian pemproses kata utama Microsoft yang julung kalinya dikeluarkan pada tahun 1983 dengan nama Multi-Tool Word bagi sistem Xenix. Turut dikembangkan untuk beberapa platform lain seperti komputer peribadi IBM yang mengendali DOS (1983), Apple Macintosh (1984), SCO UNIX, OS/2 dan Microsoft Windows (1989). Keluaran versi terbarunya ialah Word 2007. Fail-fail dokumen Microsoft Word boleh dikenali dengan mudah melalui sambungan *.doc di belakang nama fail, tetapi Microsoft Office Word 2007 mula memperkenalkan format baru dokumen Word berasaskan XML dengan sambungan *docx di belakang nama fail, di samping sokongan format lama dokumen Word. Microsoft word menyediakan kemudahan-kemudahan yang lebih senang digunakan dan dekat dengan pengguna dibandingkan dengan word processor lain seperti WordStar (WS), WordPerfect (WP), AmiPro, WordPad, dan lain-lain.



 Tool asas yang perlu pengguna tahu sebelum menggunakan Microsoft Word :-



1.      Bar program – menunjukkan program yang sedang digunakan
2.      Bar menu –menu dimana arahan disimpan
3.      Toolbar standard- arahan yang selalu digunakan
4.      Toolbar formatting-  arahan berkaitan dengan format
5.      Butang tutup
6.      Kursor menaip
7.      Skrol bar menegak- gerak skrin ke bawah
8.      Skrol bar melintang- gerak skrin ke kanan dan ke kiri


Microsoft word sangat memudahkan penggunanya untuk menyimpan data, terdapat butang yang penting untuk mudah memasukkan data. Para pengguna boleh memasukkan data dengan menaip pada kekunci keyboard diatas ruang kerja yang disediakan. Para pengguna juga boleh menghasilkan data mengikut kreativiti masing-masing seperti menentukan jenis font yang digunakan, warna font yang dikehendaki seperti yang disediakan di butang kumpulan (group button).
  Microsoft word tujuh bahagian berlainan fungsinya, dimana bahagian home lebih kepada gaya hasil tulisan seperti jenis tulisan, warna font, perenggan, gaya tulisan, kedudukan tulisan. Bahagian insert melibatkan jadual, masukkan gambar, boleh masukkan graf, carta pai, peta minda dan sebagainya. Bahagian insert mempunyai fungsi meletakkan muka surat, memisahkan helaian (page break) boleh juga memasukkan symbol matematik dan link dari sumber internet. Bahagian page layout, menentukan marginis, tema, jarak tepi, columns dan sebagainya. Bahagian ketiga, references, boleh masukkan nota kaki, dan gaya penulisan APA. Bahagian mailings ialah bahagian yang terus kepada gaya penulisan email dan boleh di linkkan pada internet.review lebih kepada nota sendiri dan bahagian terakhir view yang mempunyai ruler (pembaris).keseluruhan paparan data yang terhasil.   

Bahagian insert dan page lagout 



Butang font (tulisan) dan warna


No comments:

Post a Comment