ICT(Information and Communication
Technology) telah banyak membantu manusia dalam aktiviti yang
menjadikan kerja-kerja mereka lebih efektif dan boleh dipercayai. Diantara
aktiviti yang telah mendapat manfaat ict adalah aktiviti perniagaan perbankan,pentadbiran,
kejuruteraan, seni bina,pendidikan, pertahanan negara dan banyak lagi. Tidak
ketinggalan pula aktiviti-aktiviti sebaran am seperti menyampaikan dakwah dan
ilmu –ilmu islam yang amat luas melalui kemudahan ICT. Teknologi Maklumat (Information Technology)
atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication
Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan
data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas: berkenaan segala aspek dalam
pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan
komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses,
memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Teknologi yang digunakan kini semakin memudahkan pengguna
Teknologi
Teknologi
merujuk kepada Perkakasan, Perisian dan Sistem Telekomunikasi yang digunakan di dalam pengurusan dan pemprosesan
maklumat. Perkakasan komputer
seperti unit pemproses pusat (CPU), ingatan (RAM), cakera keras (HDD), papan
kekunci (keyboard), tetikus (mouse) dan sebagainya amat penting dalam proses
kemasukan, pemprosesan dan penyimpanan maklumat.Perisian komputer seperti sistem operasi (OS) yang popular termasuk Linux, UNIX, Mac OS dan Windows dan aplikasi produktiviti pejabat seperti OpenOffice atau Microsoft Office serta perisian Internet seperti pelayar web (Mozilla, Netscape Navigator, Safari
dan Internet Explorer) memainkan peranan besar dalam teknologi maklumat. Ini
kerana ia merupakan perisian yang paling banyak digunakan oleh pengguna
komputer setiap hari.
Teknologi komunikasi
Teknologi komunikasi adalah aplikasi dan menggunakan
teknologi seperti komputer,sofwre dan beberapa alat elektronik yang lain untuk
menjadikan komunikasi lebih efektif dan berkesan dari pada cara lama. Komuputer
adalah mesin yang boleh diprogramkan untuk mel;aksanakan kerja2 yang kompleks
dengan cpat tepat dan boleh dipercayai ianya juga boleh menyimpan dan
mendpatkan semula data yang besar. Sofwre adalah arahan2 yang logic
dilaksanakan oleh computer biasanya disimpn dalam cereka magnetic atau apa2
peralatan elektronik cthnya seperti perintang.Telekomunikasi boleh
didefinisikan sebagai komunikasi melalui elektronik electromagnetic dan gambar
untuk jarak yang jauh. Menurut Rogers (1986) teknologi komunikasi sebagai alat
perkakasan, struktur organisasi dan nilai-nilai sosial yang dialami oleh
individu semasa mengumpul, memproses dan bertukar-tukar informasi dengan
individu yang lain.
Terdapat
ciri-ciri utama komunikasi:
- Khalayak
- masa
- paparan & penyebaran
- jarak
- penyimpanan
Teknologi komunikasi berperanan
penting dalam beberapa aspek antaranya seperti berikut:
- Pendidikan- sebagai bahan pengajaran, memudahkan penyelidikan dijalankan, pembelajaran lebih menarik dan sebagainya
- Ekonomi- dapat mengurangkan kadar kemiskinan dan mengubah cara kegiatan ekonomi dijalankan, ia juga dapat meningkatkan hasil pendapatan negara.
- Merapatkan jurang digital- lebih senang untuk mendapatkan maklumat.
- Pembangunan sosial- dapat berkomunikasi walaupun dari jarak yang jauh, kenalan secara meluas
- Ketenteraan- memantau keadaan keselamatan negara.
- Penyiaran- terciptanya teknologi digital dimana, segala informasi dan hiburan dapat dinikmati dimana-mana sahaja.
- Pencetakan dan penerbitan- lebih cepat dan mengurangkan kos
- Peningkatan gaya hidup dan penglibatan masyarakat dalam elektronik.
No comments:
Post a Comment