Monday, December 3, 2012

Entah berapa kali saya membuat blog…


 Assalamualaikum


Tersenyum saya bila saya mendengar pensyarah Aplikasi saya memberi tugasan individu untuk dibuat. “Assignment individunya dibuat blog ya” dalam hati saya terdetik, entah berapa kali saya membuat blog, semuanya tidak ada yang kekal atau sering di kemas kini. Hobi saya sebetulnya memang suka menulis, tidak kiralah apa penulisannya yang penting bagi saya ia memberikan ketenangan kepada saya, saya menulis sejak berusia 10 tahun lagi. Pada saya ia memberikan saya peluang untuk meluahkan segala apa yang saya rasakan dan juga pandangan saya. Mungkin juga sudah menjadi darah daging keturunan saya, yang amat suka bidang penulisan. Keluarga saya semuanya minat dalam bidang penulisan. Seorang penulis yang baik harus banyak membaca tidak kira bahan bacaan itu ilmiah atau tidak, agar dapat mengeluarkan atau menulis dengan idea-idea yang bernas dan baru. Saya mahu hasilkan penulisan yang boleh mengubah cara pemikiran orang dan dapat menyentuh perasaan orang lain. Dari penulisan yang saya hasilkan, saya mahukan masyarakat membuka mata dan berfikir untuk kebaikan bersama. Saya tidak gemarkan penulisan yang tiada tujuan ada tiada intipati yang boleh menjadi pengajaran dan diteladani oleh masyarakat agar dapat membangunkan ummah. Kerana telalu ingin menjadi penulis seperti orang lain, saya bermula dengan menulis blog, pada fikiran saya, blog sangat bagus untuk menyampaikan segala informasi, pandangan dan sebagainya, selain fungsi utamanya sebagai diari peribadi. Saya hanya mampu tersenyum ketika Dr Edy Santoso memberitahu kami.

Salah satu buku yang paling saya gemar membacanya, katya Dr Faisal Tehrani

Saya juga minat kepada mengumpul gambar yang kreatif dan cantik, saya sangat gilakan gambar yang punya unsur penceritaan dalamnya. Bila berbicara tentang gambar, sudah tentu saya seorang yang suka mengambil gambar. Tidak kisahlah gambar apa pun, yang paling penting biarlah sekeping gamabr itu dapat menceritakan semuanya yang berlaku.
Antara gambar yang paling saya minati:-

Yang paling saya suka, gambar sekitar majlis perkahwinan.



ICT (Information and Communication Technology)



ICT(Information and Communication Technology) telah banyak membantu manusia dalam aktiviti yang menjadikan kerja-kerja mereka lebih efektif dan boleh dipercayai. Diantara aktiviti yang telah mendapat manfaat ict adalah aktiviti perniagaan perbankan,pentadbiran, kejuruteraan, seni bina,pendidikan, pertahanan negara dan banyak lagi. Tidak ketinggalan pula aktiviti-aktiviti sebaran am seperti menyampaikan dakwah dan ilmu –ilmu islam yang amat luas melalui kemudahan ICT. Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas: berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.






Teknologi yang digunakan kini semakin memudahkan pengguna


Teknologi
Teknologi merujuk kepada Perkakasan, Perisian dan Sistem Telekomunikasi yang digunakan di dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Perkakasan komputer seperti unit pemproses pusat (CPU), ingatan (RAM), cakera keras (HDD), papan kekunci (keyboard), tetikus (mouse) dan sebagainya amat penting dalam proses kemasukan, pemprosesan dan penyimpanan maklumat.Perisian komputer seperti sistem operasi (OS) yang popular termasuk Linux, UNIX, Mac OS dan Windows dan aplikasi produktiviti pejabat seperti OpenOffice atau Microsoft Office serta perisian Internet seperti pelayar web (Mozilla, Netscape Navigator, Safari dan Internet Explorer) memainkan peranan besar dalam teknologi maklumat. Ini kerana ia merupakan perisian yang paling banyak digunakan oleh pengguna komputer setiap hari.

Teknologi komunikasi
Teknologi komunikasi adalah aplikasi dan menggunakan teknologi seperti komputer,sofwre dan beberapa alat elektronik yang lain untuk menjadikan komunikasi lebih efektif dan berkesan dari pada cara lama. Komuputer adalah mesin yang boleh diprogramkan untuk mel;aksanakan kerja2 yang kompleks dengan cpat tepat dan boleh dipercayai ianya juga boleh menyimpan dan mendpatkan semula data yang besar. Sofwre adalah arahan2 yang logic dilaksanakan oleh computer biasanya disimpn dalam cereka magnetic atau apa2 peralatan elektronik cthnya seperti perintang.Telekomunikasi boleh didefinisikan sebagai komunikasi melalui elektronik electromagnetic dan gambar untuk jarak yang jauh. Menurut Rogers (1986) teknologi komunikasi sebagai alat perkakasan, struktur organisasi dan nilai-nilai sosial yang dialami oleh individu semasa mengumpul, memproses dan bertukar-tukar informasi dengan individu yang lain.
Terdapat ciri-ciri utama komunikasi:
  • Khalayak
  • masa
  • paparan & penyebaran 
  • jarak
  • penyimpanan
Teknologi komunikasi berperanan penting dalam beberapa aspek antaranya seperti berikut:
  1. Pendidikan- sebagai bahan pengajaran, memudahkan penyelidikan dijalankan, pembelajaran lebih menarik dan sebagainya
  2. Ekonomi- dapat mengurangkan kadar kemiskinan dan mengubah cara kegiatan ekonomi dijalankan, ia juga dapat meningkatkan hasil pendapatan negara.
  3. Merapatkan jurang digital- lebih senang untuk mendapatkan maklumat.
  4. Pembangunan sosial- dapat berkomunikasi walaupun dari jarak yang jauh, kenalan secara meluas
  5. Ketenteraan- memantau keadaan keselamatan negara.
  6. Penyiaran- terciptanya teknologi digital dimana, segala informasi dan hiburan dapat dinikmati dimana-mana sahaja.
  7. Pencetakan dan penerbitan- lebih cepat dan mengurangkan kos 
  8. Peningkatan gaya hidup dan penglibatan masyarakat dalam elektronik.

Microsoft Word



Microsoft Word ialah satu komponen dalam sistem Microsoft Office; namun, perisian ini juga dijual sebagai produk bersendirian atau dimuatkan dalam Microsoft Works. Program ini biasanya digunakan para pengguna komputer untuk kegiatan tulis-menulis. Seperti pembuatan surat, proposal, artikel, brosur, booklet, dan lain-lain dengan aneka font (huruf) dan layout yang tersedia. Kita juga dapat membuat tulisan ilmiah dengan fomula-formula pengiraaan( matematik),  data mengenai sains seperti fizik atau kimia dan sebuah data yang sanagt menarik iaitu mempunyai variasi gambar, warna, jenis tulisan grafik dan sebagainya yang disampaikan dengan sangat unik dan lengkap.

Microsoft Office Word ialah perisian pemproses kata utama Microsoft yang julung kalinya dikeluarkan pada tahun 1983 dengan nama Multi-Tool Word bagi sistem Xenix. Turut dikembangkan untuk beberapa platform lain seperti komputer peribadi IBM yang mengendali DOS (1983), Apple Macintosh (1984), SCO UNIX, OS/2 dan Microsoft Windows (1989). Keluaran versi terbarunya ialah Word 2007. Fail-fail dokumen Microsoft Word boleh dikenali dengan mudah melalui sambungan *.doc di belakang nama fail, tetapi Microsoft Office Word 2007 mula memperkenalkan format baru dokumen Word berasaskan XML dengan sambungan *docx di belakang nama fail, di samping sokongan format lama dokumen Word. Microsoft word menyediakan kemudahan-kemudahan yang lebih senang digunakan dan dekat dengan pengguna dibandingkan dengan word processor lain seperti WordStar (WS), WordPerfect (WP), AmiPro, WordPad, dan lain-lain.



 Tool asas yang perlu pengguna tahu sebelum menggunakan Microsoft Word :-



1.      Bar program – menunjukkan program yang sedang digunakan
2.      Bar menu –menu dimana arahan disimpan
3.      Toolbar standard- arahan yang selalu digunakan
4.      Toolbar formatting-  arahan berkaitan dengan format
5.      Butang tutup
6.      Kursor menaip
7.      Skrol bar menegak- gerak skrin ke bawah
8.      Skrol bar melintang- gerak skrin ke kanan dan ke kiri


Microsoft word sangat memudahkan penggunanya untuk menyimpan data, terdapat butang yang penting untuk mudah memasukkan data. Para pengguna boleh memasukkan data dengan menaip pada kekunci keyboard diatas ruang kerja yang disediakan. Para pengguna juga boleh menghasilkan data mengikut kreativiti masing-masing seperti menentukan jenis font yang digunakan, warna font yang dikehendaki seperti yang disediakan di butang kumpulan (group button).
  Microsoft word tujuh bahagian berlainan fungsinya, dimana bahagian home lebih kepada gaya hasil tulisan seperti jenis tulisan, warna font, perenggan, gaya tulisan, kedudukan tulisan. Bahagian insert melibatkan jadual, masukkan gambar, boleh masukkan graf, carta pai, peta minda dan sebagainya. Bahagian insert mempunyai fungsi meletakkan muka surat, memisahkan helaian (page break) boleh juga memasukkan symbol matematik dan link dari sumber internet. Bahagian page layout, menentukan marginis, tema, jarak tepi, columns dan sebagainya. Bahagian ketiga, references, boleh masukkan nota kaki, dan gaya penulisan APA. Bahagian mailings ialah bahagian yang terus kepada gaya penulisan email dan boleh di linkkan pada internet.review lebih kepada nota sendiri dan bahagian terakhir view yang mempunyai ruler (pembaris).keseluruhan paparan data yang terhasil.   

Bahagian insert dan page lagout 



Butang font (tulisan) dan warna